Parking murah dekat KL (Berjaya Times Square, Sungai Weng, Plaza LowYaT)

Assalamualaikum,

Hai semua. Harini aku nak cakap mengenai parking dekat area Bejaya Times Square, Sungai Weng dan Plaza Low Yat. Sebelum ni kalau aku nak pergi TS ke Sungai Weng ke tak pernah naik kereta. Aku memang akan naik public transport macam LRT dan monorail. Bagi aku jalan nak ke area Times Square tu sumpah banyak kenderaan and jemmmmit haha. Aku tak suka keadaan yang serabut macam tu lagi pun aku tak tahu nak parking mana sebab takut mahal nak mampus aku tak suka stuck dekat situ lama-lama. Itu yang aku suka naik public transport, senang tapi penat sikit la sebab nak jalan kaki.

Aku ada usha satu vlogger ni dekat youtube, dia nak cari barang untuk camera dia dekat Low Yat and then dia mention dia parking dekat Low Yat. Then aku pun cadang ke bf aku untuk ke Low Yat naik kereta sebab dia yang drive bukan aku, hehe. Tujuan utama aku ke Low Yat adalah untuk mengusha laptop untuk adik aku. Dia nak belajar then dia perlukan laptop.
Aku dengan bf aku pergi la Low Yat, so far parking memang banyak senang sangat nak park. Lepas park dekat situ, kteorang naik ke mall usha laptop. Orang kata nak beli laptop dekat lowyat jangan beli dekat tepi-tepi tu yang penjual bangla, paskistan, indonesia yang panggil-panggil kita. Agak tak selesa weh diorang panggil-panggil. Memang aku dengan bf aku tak layan la. Target aku dengan bf aku, pergi ke kedai besar yang dah establish dan diyakini boleh dipercayai, gittew. Usha harga laptop setiap kedai memang banyak beza la sampai laa satu kedai ni kteorang masuk. Kedai nama All IT Hypermarket dekat tingkat 3, kedai tu memang kedai jual barang-barang IT macam tu la.
Kteorang memang dah usha lama jenis laptop yang kteorang beli. Memang padu laa diskaun kteorang dapat. Aku angkut ASUS yang paling latest tambah lagi 4gb RAM then 128gb SSD total semua RM2081. Okay la kan dengan harga macam tu tak mahal sangat, tak murah sangat. ASUS ni tak plastic macam laptop-laptop lain. Keseluruhan memang okay sangat untuk student yang kurang guna graphics.

Okay, nak cite pasal parking. Haritu tunggu pemasangan laptop dari pukul 5 lebih sampai ke pukul 9 lebih total parking RM16 mak aihhh. Terkejut kteorang. Kteorang pon tak perasan berapa ringgit sejam dia caj. Sejam pertama RM4 jam seterusnya RM4 jugak kot. Serious mahal giler parking dekat lowyat tu.

Keesokannya kteorang pergi lowyat semula, nasib baiklah lowyat tu agak dekat dengan rumah. Laptop ada masalah sebab tak detect USB, cucuk laa USB apa pun semua port tak boleh detect. Keesokan tu kteorang cuba parking dekat Sungai Weng. Caj sejam sekali masuk tak silap aku RM3 atau RM4 untuk jam seterusnya RM1 kot. Kteorang parking dekat lowyat dalam pukul 5 lebih sampai pukul 8 malam macam tu. So, total kteorang parking dekat Sungai Weng RM6 sahaja. Bapak murah gila, hahaha. Menyesal pulak tak google cari parking murah area situ.

Kalau korang nak parking bajet boleh la park dekat sungai weng ataupun korang pergi Times Square. Dua-dua tempat tu boleh tahan la harga dia tak macam dekat lowyat, cekik darah sehhh. Okay la itu sahaja aku nak bebel dekat sini. Rak luuu babai.
- Bell

Comments

Popular posts from this blog

Review : Detox Badan dengan Clenx Tea untuk Kurus dan Sihat

TEMU DUGA UNTUK PEGAWAI CONTRACT FOR SERVICE DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

KEPUTUSAN TEMU DUGA PEGAWAI KASTAM KONTRAK