Posts

Showing posts from May, 2017

REVIEW : ALMOND & CUCUMBER PEEL-OFF MASK (HIMALAYA)

Image
Assalamualaikum, Hai korang lama tak update blog. Kalau update je mesti aku nak review produk. Review tak berbayar okay, sebab aku yang bayar untuk beli produk ni hoho. Sejak-sejak muka breakout ni macam-macam produk aku nak try. Yela, muka dah bertompok macam kucing comot je geram ah haha. Aku beli yang besar terus. Jimat. Lagi pun ada promosi masa tu dekat Watson. Kalau tak silap aku dalam RM25 ke atas. Seingat aku, aku beli RM28 kot sebab kalau yang besar ni memang mahal sikit. Sebelum promosi RM30 kot, hehe. Maaflah tak ingat. Aku dah cuba pakai peel-off mask ini dalam dua minggu kot, kekadang je aku pakai.  Peel-off Mask ni cair tau. Warna hijau kecairan, haha. Kalau korang nak picit tu, picit elok-elok tau sebab dia mudah sangat keluar. Takyah picit bersungguh pun, dia keluar elok je. Oh, lupa bagitahu. Sebelum pakai mask ni pastikan muka korang bersih. Jadinya, korang kena cuci muka korang dulu barulah korang apply mask ni dekat muka okay? Hihi. Kelebihan Peel-off Mask : - Sanga

Review : Detox Badan dengan Clenx Tea untuk Kurus dan Sihat

Image
Hi korang. Hari ni aku nak review sikit Natural Clenx Tea memandangkan aku dah cuba minum teh ni dua tiga hari ni, eh? Dua hari je aku cuba minum. Malam Jumaat lepas, then hari Sabtu aku recycle balik teh tu. Sabtu malam aku bancuh baru, then ahad malam aku recycle je balik. Yela, membazir kalau guna sekali je. Asalnya aku tahu pasal teh ni pun daripada Facebook. Nama facebook tu, kurus sebelum puasa. Konon-kononnya nak kurus laa sebelum raya tapi aku tak lalu nak amalkan diet atkins, ek betul tak aku eja? hahaha. Lepas tu aku tanya Jia, officemate aku pasal Clenx Tea. Dia cakap teh ni tak sedap, bau pun tak best katanya laa kan. So, dia pun bagi la 4 sachets. Aku dah cuba 2 sachet je. Inilah tehnya, harga sekotak macam ni hari tu aku usha dalam RM30 sekotak. Kalau tak silap aku laa. Tapi kalau nak bandingkan teh ni dengan teh D'herbs aku pernah beli, rasa dia lagi teruk. Sumpah teruk gila. Dah la serbuk, kena bancuh, bau dia pehhhh tak menahan weh, hahaha. Tak caya cubalah try teh

The Junni Mayla Skincare

Image
Assalamualaikum, Lama tak update blog ni kan? Nampak macam dah berhabuk. Sorry gaisss, sejak-sejak kerja jauh tak menghadap komputer mahupun laptop asyik tak berkesempatan nak update blog. Dekat office, komputer ada tapi internet tak ada. Laptop tinggal kat rumah, rumah sewa kite tak bawa laptop. Maafffff. Okay, Byla nak memperkenalkan produk THE JUNNI yang terbaru iaitu MAYLA. THE JUNNI baru keluarkan MAYLA beberapa bulan lepas. Alhamdulillah, ramai yang dah cuba MAYLA SKINCARE dan dapat banyak feedback. Pssttt, Byla pun pengguna MAYLA juga tau sebab muka Byla before this memang teruk but Alhamdulillah makin okay. Untuk pengetahuan korang, kesan produk THE JUNNI ni, ada lambat ada cepat. Kesan produk THE JUNNI untuk Byla sedikit lambat. Takpa lambat yang penting produk ni selamat. THE JUNNI ni tak menjanjikan kesan yang bergitu singkat. Mostly, kesan yang terlalu cepat ni korang kena sedikit hati-hati. Maklumlah, sekarang macam-macam produk keluar. Ada hanya beberapa hari penggunaan d