REVIEW : ALMOND & CUCUMBER PEEL-OFF MASK (HIMALAYA)

Assalamualaikum,
Hai korang lama tak update blog. Kalau update je mesti aku nak review produk. Review tak berbayar okay, sebab aku yang bayar untuk beli produk ni hoho. Sejak-sejak muka breakout ni macam-macam produk aku nak try. Yela, muka dah bertompok macam kucing comot je geram ah haha.

peel off mask himalaya

Aku beli yang besar terus. Jimat. Lagi pun ada promosi masa tu dekat Watson. Kalau tak silap aku dalam RM25 ke atas. Seingat aku, aku beli RM28 kot sebab kalau yang besar ni memang mahal sikit. Sebelum promosi RM30 kot, hehe. Maaflah tak ingat. Aku dah cuba pakai peel-off mask ini dalam dua minggu kot, kekadang je aku pakai. 

almond and cucumber mask himalayaPeel-off Mask ni cair tau. Warna hijau kecairan, haha. Kalau korang nak picit tu, picit elok-elok tau sebab dia mudah sangat keluar. Takyah picit bersungguh pun, dia keluar elok je.

PEEL OFF MASK ALMOND AND CUCUMBEROh, lupa bagitahu. Sebelum pakai mask ni pastikan muka korang bersih. Jadinya, korang kena cuci muka korang dulu barulah korang apply mask ni dekat muka okay? Hihi.

Kelebihan Peel-off Mask :
- Sangat sesuai untuk kulit yang sensitif
- Digunakan dua kali seminggu
- Kulit akan terasa bersih
- Sangat efektif

Kekurangan Peel-off Mask :
- Bau kurang menyenangkan

Pakai tebal-tebal sikit senang nak tanggalkan, kalau tak sakit sikit nak tanggal. Tapi tak sure la, ikut kulit muka orang kot. Ada masa tanggalkan tak sakit, so depend.

Peel-off Mask ini boleh mengurangkan minyak pada wajah, lepas pakai muka rasa lembab-lembab je. Serius, best pakai mask ni. Masa apply kat muka, muka akan rasa sejuk je. Lepas pakai, rasa ntah tak tahu nak describe macam mana hahaha. So, cubalah.. sebab ingredient pun almond dengan timun kan.

Muka lepas tanggalkan mask. Fuhhh, sedap weh. Sejuk je. Face mask ni melembabkan muka dan mengurangkan minyak pada wajah.

So far, okay laa. Buang whitehead dengan blackhead tu emm boleh laa tak ada laa buang sepenuhnya gittew. Siapa dah pernah cuba peel-off mask ni?

Jom share pendapat, hihi. 

Okaylah, thanks sebab sudi membaca.

Rating : 9/10 

- Byla






2 comments:

  1. Wahhh macam best je ni. Mai tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  2. Salam singgah dan follow sini.. :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.