Review : Detox Badan dengan Clenx Tea untuk Kurus dan Sihat

Hi korang.
Hari ni aku nak review sikit Natural Clenx Tea memandangkan aku dah cuba minum teh ni dua tiga hari ni, eh? Dua hari je aku cuba minum. Malam Jumaat lepas, then hari Sabtu aku recycle balik teh tu. Sabtu malam aku bancuh baru, then ahad malam aku recycle je balik. Yela, membazir kalau guna sekali je.

Asalnya aku tahu pasal teh ni pun daripada Facebook. Nama facebook tu, kurus sebelum puasa. Konon-kononnya nak kurus laa sebelum raya tapi aku tak lalu nak amalkan diet atkins, ek betul tak aku eja? hahaha. Lepas tu aku tanya Jia, officemate aku pasal Clenx Tea. Dia cakap teh ni tak sedap, bau pun tak best katanya laa kan. So, dia pun bagi la 4 sachets. Aku dah cuba 2 sachet je.

kelebihan clenx tea
Inilah tehnya, harga sekotak macam ni hari tu aku usha dalam RM30 sekotak. Kalau tak silap aku laa. Tapi kalau nak bandingkan teh ni dengan teh D'herbs aku pernah beli, rasa dia lagi teruk. Sumpah teruk gila. Dah la serbuk, kena bancuh, bau dia pehhhh tak menahan weh, hahaha. Tak caya cubalah try teh D'herbs tu around RM20 kot, murah sikit dari Clenx Tea.

Siapa yang nak detox badan dia, try laa teh ni. Aku try sebab aku ni jenis tak membuang. So, banyak toksid dalam badan sampai perut pun muncit, hihi. Kalau korang first time nak minum benda ni aku galakkan korang minum pada waktu malam supaya pagi tu terus korang boleh membuang. Dan.. aku juga galakkan korang minum pada hari yang korang free atau cuti. 

Macam aku hari tu, memang rasa nak tidur dalam tandas je la sebab membuang lima enam kali jugaklah haha. Esok tu pun sama, tak pernah pernah aku membuang banyak kali dalam sehari. Paling banyak pun dua kali je. Then dalam seminggu sekali atau dua kali je aku membuang, hahaha.

Kelebihan Clenx Tea
* Mengurangkan berat badan atau mengekalkan bentuk yang ideal
* Mengalakkan proses perkumuhan dan melegakan sembelit
* Meningkatkan keupayaan organ-organ detoksifikasi
* Menguatkan sistem imunisasi

Memandangkan hari ni kerja, aku malas nak minum takut "cerry berry" susah sis nak buat kerja, huhu. Sejak dah stay dekat Pulau Indah yang terindah ni, selalu jugaklah senam pepetang. Acah nak kuruih tapi tengoklah macam mana. Kurus kang tanjat abe kite nanti, hehehe.

So, jom cuba boleh kurus dan sihat sama-sama.
- Byla

5 comments:

  1. Yess..true i dah try...mmg buang air besar je....tapi mmg legalah...macam dye kluarkan semua

    ReplyDelete
  2. Orang kata bahaya clenx tea ni. Betul ke ya? Sebab saya beli pun difarmasi. Takkan farmasi jual barang yang ade bahan tak elok. Saya pun dh minum dalam seminggu. Memandangkan saya ade masalah pembuangan juga. Hehe. Jadi ia sgt membantu saya. Tp saya taklah teruk sgt. Sehari 2 kali je sy membuang. Perut selesa n badan takde sakit sakit dah. Perubahan lepas minum clenx tea ni.

    ReplyDelete
  3. Mmng betul sy pun sdh try mmng berkesan

    ReplyDelete
  4. BETOL SAYA PON AMLKAN...DIA AKAN MEMBUANG LEMAK2 DLM BDAN..SEKLI CHERY BERRY SMUA LEMAK KUAR..BDAN RINGGAN TAPI JGN HARPKN BENDA NI JUGAK KENA AMALKAN PEMAKANN YG SIHAT JUGAK

    ReplyDelete

Powered by Blogger.