Review : Detox Badan dengan Clenx Tea untuk Kurus dan Sihat

Hi korang.
Hari ni aku nak review sikit Natural Clenx Tea memandangkan aku dah cuba minum teh ni dua tiga hari ni, eh? Dua hari je aku cuba minum. Malam Jumaat lepas, then hari Sabtu aku recycle balik teh tu. Sabtu malam aku bancuh baru, then ahad malam aku recycle je balik. Yela, membazir kalau guna sekali je.

Asalnya aku tahu pasal teh ni pun daripada Facebook. Nama facebook tu, kurus sebelum puasa. Konon-kononnya nak kurus laa sebelum raya tapi aku tak lalu nak amalkan diet atkins, ek betul tak aku eja? hahaha. Lepas tu aku tanya Jia, officemate aku pasal Clenx Tea. Dia cakap teh ni tak sedap, bau pun tak best katanya laa kan. So, dia pun bagi la 4 sachets. Aku dah cuba 2 sachet je.

kelebihan clenx tea
Inilah tehnya, harga sekotak macam ni hari tu aku usha dalam RM30 sekotak. Kalau tak silap aku laa. Tapi kalau nak bandingkan teh ni dengan teh D'herbs aku pernah beli, rasa dia lagi teruk. Sumpah teruk gila. Dah la serbuk, kena bancuh, bau dia pehhhh tak menahan weh, hahaha. Tak caya cubalah try teh D'herbs tu around RM20 kot, murah sikit dari Clenx Tea.

Siapa yang nak detox badan dia, try laa teh ni. Aku try sebab aku ni jenis tak membuang. So, banyak toksid dalam badan sampai perut pun muncit, hihi. Kalau korang first time nak minum benda ni aku galakkan korang minum pada waktu malam supaya pagi tu terus korang boleh membuang. Dan.. aku juga galakkan korang minum pada hari yang korang free atau cuti. 

Macam aku hari tu, memang rasa nak tidur dalam tandas je la sebab membuang lima enam kali jugaklah haha. Esok tu pun sama, tak pernah pernah aku membuang banyak kali dalam sehari. Paling banyak pun dua kali je. Then dalam seminggu sekali atau dua kali je aku membuang, hahaha.

Kelebihan Clenx Tea
* Mengurangkan berat badan atau mengekalkan bentuk yang ideal
* Mengalakkan proses perkumuhan dan melegakan sembelit
* Meningkatkan keupayaan organ-organ detoksifikasi
* Menguatkan sistem imunisasi

Memandangkan hari ni kerja, aku malas nak minum takut "cerry berry" susah sis nak buat kerja, huhu. Sejak dah stay dekat Pulau Indah yang terindah ni, selalu jugaklah senam pepetang. Acah nak kuruih tapi tengoklah macam mana. Kurus kang tanjat abe kite nanti, hehehe.

So, jom cuba boleh kurus dan sihat sama-sama.
- Byla

Comments

  1. Yess..true i dah try...mmg buang air besar je....tapi mmg legalah...macam dye kluarkan semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn... lega gila dapat buang benda lama yang tersimpan dalam perut, hahaha

      Delete
  2. Orang kata bahaya clenx tea ni. Betul ke ya? Sebab saya beli pun difarmasi. Takkan farmasi jual barang yang ade bahan tak elok. Saya pun dh minum dalam seminggu. Memandangkan saya ade masalah pembuangan juga. Hehe. Jadi ia sgt membantu saya. Tp saya taklah teruk sgt. Sehari 2 kali je sy membuang. Perut selesa n badan takde sakit sakit dah. Perubahan lepas minum clenx tea ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya ke? tak sure la. Bell pon beli dekat farmasi jgk. First2 jee minum ni cerry berry teruk gila lepas perut dah biasa okay jee, dah tak teruk. hehe

      Delete
  3. Mmng betul sy pun sdh try mmng berkesan

    ReplyDelete
  4. BETOL SAYA PON AMLKAN...DIA AKAN MEMBUANG LEMAK2 DLM BDAN..SEKLI CHERY BERRY SMUA LEMAK KUAR..BDAN RINGGAN TAPI JGN HARPKN BENDA NI JUGAK KENA AMALKAN PEMAKANN YG SIHAT JUGAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade penurunan berat badan tak slps amalkan clenx tea nie.

      Delete
    2. Kalau bell macam tade kesan penurunan berat badan pon sebab tak jaga makan, hahaha tp kalau rasa mcm seminggu tu tak pernah buang. Bell memang minum tea ni, then esok pagi confirm memulas. hahaha

      Delete
  5. Apa rasa dia? Saya pernah minum teh orang kampung. Mak aiiii macam HammmJ rasa diaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa dia? ermm. rasa dia mmg tak sedap laa huhu. tapi menjadi.

      Delete
  6. Ya memang terbaik ini clenx tea ...dlu bujang lagi blum married ni lh sya minum berat pn 50kg je tpi lpas....beranak dua naik brt sya pgi mencecah 68kg ...nah sya start sda minum skg ni...klu sya ...dua kli sy bancuh 1 sechet

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru start minum ke... best x

      Delete
    2. Rasa dia memang sumpah tak best. Tapi untuk orang yang susah sangat nak membuang boleh cuba minum. InsyaAllah memang dia cuci perut kalau dah lama tak membuang. hahaha. Nak best minum suam2.

      Delete
  7. Harini sy 1st day try... power la 6x ke tandas. Lega rs... dh byk sgt sampah dlm perut ni. Green tea lain xjln... yg ni puas hati btol laa.

    ReplyDelete
  8. Boleh cmpur dgn lemon x. Saya xprnah cuba lagi

    ReplyDelete
  9. Org kata minum ni xleh hamil ke btl ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TEMU DUGA UNTUK PEGAWAI CONTRACT FOR SERVICE DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

KAU SAYANG TAPI KAU TERPAKSA LEPASKAN