KAU SAYANG TAPI KAU TERPAKSA LEPASKAN

Bulan Januari tahun ni genaplah aku dengan dia bercinta selama dua tahun untuk tempoh perkenalan selama 4 tahun. Aku kenal dia since bulan tiga 2014. Pada asalnya, kami cuma berkawan untuk tempoh 2 tahun pertama. Yes, dalam masa berkawan tu aku memang ada hati dekat dia. First time, aku rasa sayang dekat sesorang sampai aku sanggup tunggu dia dan abaikan orang lain sebab hati aku hanya pada dia. Sepanjang tempoh 2 tahun pertama, banyak jugalah krisis aku dan dia. Dia cuma anggap aku kawan, sedangkan dia layan aku bukan macam kawan. Hati siapa tak sedih weh tapi aku kuat. Kuat-kuat aku pun aku kalah dengan perasaan aku.

Tahun ketiga aku kenal dia, dia mula dekat dengan aku. Dia mula cari aku, dia mula luahkan perasaan dia dekat aku. Rupanya, masa aku kenal dia dan kawan dengan dia untuk tempoh 2 tahun pertama dia dah ada buah hati. Memang macam "whatttt? macam mana boleh aku tak tahu?". Patutlah dia main tarik tali dengan aku, kenapalah aku tak perasan. Kira lama laa jugak aku simpan perasaan dekat pakwe orang. Eh, cop bukan salah aku. Lepas dia putus dengan ex dia baru dia bagitahu aku hal sebenar. Dia yang tak jujur dengan aku dan dia yang tipu aku. Selama ni aku cumalah simpanan dia. Hmm

Walaupun begitu,
Aku terima kesalahan dia dan aku maafkan dia dengan mudah. Tak tahu kenapa, aku mudah mengalah dan mudah maafkan orang yang aku sayang. Jadinya, tahun ketiga mulalah tempoh percintaan kami. Dugaan betul masa aku bercinta dengan dia masa tahun pertama percintaan. Macam-macam dia buat dekat aku tapi aku still bersabar dan bertahan dengan dia. Sumpah aku tak tahu perangai dia macam tu. Mungkin sebab dia memang sayang dekat aku that's why dia jadi macam tu. Mungkin aku yang bodoh dan buta hati masa tu, hahaha. Kemonlah, 2 tahun kot kau sayang dia. Nak benci dekat dia pun tak boleh. Mulut kata benci tapi hati rasa sayang, puih! haha bodoh!

Tahun pertama aku dengan dia, memang aku terseksa sangat. Esok kerja, aku masih tak tidur sampai subuh semata-mata gaduh pasal benda kecik. Masa tu tiap-tiap bulan aku mintak putus tapi jangan harap dia lepaskan aku. Masa tu aku tak ada siapa-siapa. Aku takda kawan lelaki yang boleh tolong aku. Aku tak ada abang yang boleh backup aku. Aku kosong. Macam orang gila aku masa tu. Semua perangai buruk dia aku tak cerita siapa-siapa, aku pendam. Sampai satu hari tu, dia kacau Janah sebab aku. Nak tak nak aku terpaksa cerita dekat Janah tapi.... apa yang Janah boleh tolong? Dia perempuan, aku pun perempuan kami tak kuat dan kami tak tahu macam mana nak handle masalah tu. Nak taknak, aku terpaksa mengalah dan berbaik semula.

Aku memang macam orang gila.

Aku bercinta dengan dia masa tu aku tak bagitahu ibu. Yela, aku mana pernah bercinta maksud aku couple dengan siapa-siapa. So, aku memang takut nak cerita dekat ibu yang aku tengah bercinta. Entah macam mana, ibu syak sesuatu dan terus tanya aku. Nak taknak aku ceritalah, aku cerita yang baik-baik je dekat ibu yang buruk-buruk aku pendam sorang sebab aku taknaklah ibu aku marah dan benci dia. Dah nak dekat setengah tahun dengan dia, ibu tanya ayah dan ibu ceritalah dekat ayah pasal dia. Ayah tak setuju, kalau boleh carilah orang lain. Ada sebab-sebab tertentu ayah tak setuju . Itu belum lagi aku cerita perangai sebenar dia yang dia pernah buat dekat aku. Masa tu aku tak ada siapa-siapa yang betul-betul sayang aku. Aku pon degil, tak dengar kata.

Sekali lagi, aku minta putus dengan dia. Yang tak boleh blah, aku menangis macam orang gila depan dia sebab nak putus bukan sebab aku benci dia. Caittt! Bodohnya rasa. Mungkin dia dapat rasa aku betul-betul sayang dia then dia pun cakap, macam mana pun dia tetap dengan aku. Aku kena kuat kalau nak stay dengan dia. Tak kira apa pun jadi.

Tapi itulah, yang tak seronoknya...

Bila kami gaduh je, benda kecik boleh jadi besar. Teruk betul, kami memang selalu gaduh tapi belum sampai tahap dia nak naik tangan dekat aku. Alhamdulillah, aku tak pernah kena. Hubungan aku dengan dia, memang family aku tak restu. Dan ada sebab-sebab tertentu family aku tak restu. Alhamdulillah, untuk tahun kedua kami bercinta iaitu tahun lepas. Dia banyak berubah, dia makin sabar dengan aku, dia dah kurang buat benda yang semua orang benci tapi kadang-kadang dia buat jugak kalau aku betul-betul degil. Aku memang degil nak matey! tapi penakut! haha bodoh!

Hari demi hari, hubungan kami makin hambar. Dia dengan perangai dia yang malas aku nak sebut. Dia dengan tak faham aku. Tak faham minat aku. Tak faham masalah aku. Tak faham banyaklah! Bila aku cuba nak luahkan sesuatu mesti aku balik yang kena marah. Aku mintak dia pinjamkan telinga bukan mulut. Siapa je yang tak sakit hati woi! Makan hati weh. Memang dia banyak berkorban untuk aku tapi sampai bila dia nak stay dengan perangai yang macam tu?

Sampailah, aku kenal someone.

Dialah penyelamat aku. Someone tu la yang buat aku hilang rasa dekat dia. Memang aku sayang dia tapi sayang aku bukan macam dulu-dulu. Aku nak buat keputusan untuk tinggalkan dia bukan bodoh-bodoh punya keputusan. Aku selalu bangun pagi buat solat istikarah. Tiap-tiap hari aku buat dan tak berhenti berdoa. Alhamdulillah, aku putus dengan dia cara baik walaupun dia tak maafkan aku tapi mudah sangat aku putus dengan dia dan tak melibatkan family dia dan aku. Harap dia terima dan redha dengan keputusan aku.
Kalau aku nak bahagia, aku memang kena lepaskan dia walaupun aku ada rasa lagi sayang dekat dia. Sekarang ni, aku cuba buka hati aku untuk someone yang tolong aku yang sanggup tunggu aku dan sayang aku. Alhamdulillah, dia terlalu baik buat aku macam tak layak je orang yang macam aku dengan dia. Seriously. Entahlah, aku cuba. Cuba buka hati aku, cuba sayang dia. Kalau ada jodoh aku dan dia, adalah. Kalau tak, aku redha :)

Gaisss, doa yang baik-baik untuk aku. Tolonglah, aku nak hidup bahagia dan tak mahu menyusahkan siapa-siapa. Hmm thanks sudi baca.

Senyumlah walaupun kau tengah bersedih.
- Bell

Comments

  1. Keep strong! Happiness is always yours, ameen! 😊

    ReplyDelete
  2. Allahu. Kesiannye awak. Sye pon mcm awk kadang2 tu akan gaduh besa even bnda kcik. Skrg hubungan kami mkin hmbr. Dia still x fhm hint ape sye bagi. Haih. Pena skali gadoh smpai minntk break but getback smula sbb hati ni terlalu lmbut nk memaafkan org. Allahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu dalam relationship mesti ada salah faham. Ambil masa juga nak faham hati masing2, yg kite buat iaitu bersabar dan berdoa. Jika dia bukan untuk kite, lama-lama dia akan pergi dari hidup kite. Walaupun bukan sekarang tapi nanti. Semoga awak ditemukan jodoh yang baik-baik dan bahagia selamanya :)

      Delete
  3. Sedih betul luahan entri ni. 😭😭😭

    ReplyDelete
  4. Sdihnya bc story ni. Hm. Sy pon tgh lalui fasa yg sama. 😔 Mmg seksa hati ni. Undefined relationship mmg hurt.. Sy dgn dy dh nk msuk 4yrs thun dpn. Ap² sy doakan awk yg trbaik and be strong dear. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu maisarah. Saya pon doakan yang terbaik untuk awak. Semoga dipertemukan jodoh yang baik-baik :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TEMU DUGA UNTUK PEGAWAI CONTRACT FOR SERVICE DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Review : Detox Badan dengan Clenx Tea untuk Kurus dan Sihat