Hi korang. Hari ni aku nak review sikit Natural Clenx Tea memandangkan aku dah cuba minum teh ni dua tiga hari ni, eh? Dua hari je aku cuba minum. Malam Jumaat lepas, then hari Sabtu aku recycle balik teh tu. Sabtu malam aku bancuh baru, then ahad malam aku recycle je balik. Yela, membazir kalau guna sekali je. Asalnya aku tahu pasal teh ni pun daripada Facebook. Nama facebook tu, kurus sebelum puasa. Konon-kononnya nak kurus laa sebelum raya tapi aku tak lalu nak amalkan diet atkins, ek betul tak aku eja? hahaha. Lepas tu aku tanya Jia, officemate aku pasal Clenx Tea. Dia cakap teh ni tak sedap, bau pun tak best katanya laa kan. So, dia pun bagi la 4 sachets. Aku dah cuba 2 sachet je. Inilah tehnya, harga sekotak macam ni hari tu aku usha dalam RM30 sekotak. Kalau tak silap aku laa. Tapi kalau nak bandingkan teh ni dengan teh D'herbs aku pernah beli, rasa dia lagi teruk. Sumpah teruk gila. Dah la serbuk, kena bancuh, bau dia pehhhh tak menahan weh, hahaha. Tak caya cubalah try teh...
Kalau tak sayang, tak ada maknanya aku nak tunggu budak ni semata. Dah laa mengade, manja geram aku. Ini laa dia "kawan" aku. Nak dekat dua tahun "berkawan" dengan dia ni. Macam-macam dah lalui, acewahhh. Takda laa biasa-biasa je laa. Standard laa kannn relationship yang macam kteorang ni hubungan tanpa status. Pepandai kau laa nak tahu kau tu siapa bagi dia. Hm Sebenarnya aku suka lagi relationship macam ni tapi.. orang cakap tak bagus sangat macam ni. Sebab dia atau aku masih bebas nak "berkawan" dengan sesiapa pun. Nampak macam tak fair kan? Kalau salah sorang je daripada kteorg yang setia dan menganggap benda tu serius mesti macam kecian kan. Macam aku laa kot, hahaha. Padan muka aku, nak sangat hubungan tanpa status. Kononnya, masing-masing faham sendiri laa. Bagi aku, dah aku suka sorang tu.. aku suka dia sorang je. Kalau dah sayang lagi laa. Nak suruh aku lupa? huh. Walaupun aku cuba untuk rebound relationship dengan orang lain memang susahlah. Keci...
Alhamdulillah, dapat tawaran untuk berkhidmat kepada kerajaan hohoho. Haritu kan aku ada cerita yang aku pergi temu duga untuk pegawai kastam kontrak. Haa, kalau yang tak tahu tu boleh klik sini . Hari ini hujan dipagi hari, seperti biasa aku mengisi masa kosong aku dengan melengkapkan planner harian aku *sangat-sangat takda kerja*. Tengah mohon kerja dekat jobstreet tetiba dapat satu email berbunyi "TAWARAN BERKHIDMAT SEBAGAI PEGAWAI KONTRAK SECARA CONTRACT FOR SERVICE DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA" . Fuh, berderau darah ceq. Tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku siang tadi. Terkejut, gembira, sedih, keliru, dan semua perasaan ada. Nak tahu kenapa? Sebab aku ditempatkan di "Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Taman Perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Klang" . Weh, Port Klang weh aku dapat, Port Klang! Bukan Cheras, bukan dekat KL ke apa. Sumpah aku terkejut. Aku keliru. Macam-macam dalam otak aku ni fikir. Macam mana aku nak pergi sana. Kalau drive dari ruma...
Comments
Post a Comment