Posts

Showing posts from February, 2017

KEPUTUSAN TEMU DUGA PEGAWAI KASTAM KONTRAK

Image
Alhamdulillah, dapat tawaran untuk berkhidmat kepada kerajaan hohoho. Haritu kan aku ada cerita yang aku pergi temu duga untuk pegawai kastam kontrak. Haa, kalau yang tak tahu tu boleh klik sini . Hari ini hujan dipagi hari, seperti biasa aku mengisi masa kosong aku dengan melengkapkan planner harian aku *sangat-sangat takda kerja*. Tengah mohon kerja dekat jobstreet tetiba dapat satu email berbunyi "TAWARAN BERKHIDMAT SEBAGAI PEGAWAI KONTRAK SECARA CONTRACT FOR SERVICE DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA" . Fuh, berderau darah ceq. Tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku siang tadi. Terkejut, gembira, sedih, keliru, dan semua perasaan ada. Nak tahu kenapa? Sebab aku ditempatkan di "Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Taman Perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Klang" . Weh, Port Klang weh aku dapat, Port Klang! Bukan Cheras, bukan dekat KL ke apa. Sumpah aku terkejut. Aku keliru. Macam-macam dalam otak aku ni fikir. Macam mana aku nak pergi sana. Kalau drive dari ruma...

RESIPI : KEK COKLAT KARAMEL

Image
Hi, Assalamualaikum. Hari ni Byla nak share resipi kek coklat karamel. Byla follow resipi dekat facebook je, hihi. Sebab apa Byla rasa nak share? Sebab Byla buat menjadi dan sangat sedap, hahaha *perasan* Resipi ni sangat-sangat mudah dan senang. Byla just share resipi je okay :) Bahan-bahan: Step 1: 2 sudu besar gula dicairkan dalam loyang atas api yang perlahan. Kemudian, ratakan gula yang telah dicairkan dipermukaan loyang dan sejukkan. Step 2 untuk Karamel: 1 cawan susu pekat 1 cawan susu cair 3 biji kuning telur Sedikit esen vanilla Putar kesemua bahan sampai sebati. Selepas itu, tuang ke dalam loyang gula tadi (refer: step 1) Kukus dalam 20-25 minit Sejukkan Step 3 untuk lapisan Kek Coklat: 1 cawan susu pekat 1 cawan susu cair 1 cawan minyak masak 1 cawan gula 1 cawan serbuk koko Masukkan dalam periuk, kacau sampai sebati diatas api yang perlahan. Kacau dalam 3-4 minit 4 biji telur yang di blend 1 cawan tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil baking powder Ayak da...

BR1M Bujang 2017

Image
Alhamdulillah, permohonan BR1M bujang diluluskan. Sampai bila tah nak membujang ni? hihi. Selagi bujang, selagi tu dapat. Bestkan jadi bujang senang haha. Sebenarnya, semalam lagikan BR1M dah masuk tapi itulah Byla tak sempat nak update blog. Bersyukur masuk dalam kelompok 1 ada kawan Byla check BR1M dia masih dalam proses, frust betul dia, haha. Bagi korang yang nak check BR1M korang boleh masuk laman web ini dan klik pada semakan status . Semalam Byla check duit dah masuk tapi dekat status tu tak ada pun dia bagitahu kredit duit tu kat mana. Check je bank akaun korang, kalau rasa macam banyak semacam tu masuklah. Apa yang korang buat dengan duit BR1M? Kalau Byla, emm... 1) Bayar duit PTPTN, haha. Ingat hutang yang ada. Jangan nak enjoy sangat. 2) Simpan RM50 daripada duit BR1M tu dalam tabung dan jangan usik-usik. 3) Guna separuh daripada duit BR1M ni untuk modal perniagaan. Even Byla dah start jual produk kecantikan The Junni. Byla rasa macam nak jual benda lain juga. Maybe pro...

Template Baru 2017

Image
Yeay! Template baru untuk tahun baru. Template pertama yang berjaya menambat hati hakak Byla, hihi. Sebab tukar template baru sebab dah bosan dengan template lama. Template sebelum tu dah cantik tapi tak ada feel laa nak update bila tengok template tu, haha so poyo! InsyaAllah, lepas ni rajinlah kot nak update blog. Haa, siapa ada Bloglovin. Boleh laa follow Byla. Klik button bawah hee :D Boleh kite kenal-kenal dekat situ, hihi. Byla pun newbie lagi. Follow

TEMU DUGA UNTUK PEGAWAI CONTRACT FOR SERVICE DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Image
Hai, lama gila tak update blog. Ala, kalau update pun bukan ada yang baca yedak? Hahaha. Ni sebenarnya nak cerita, Minggu ni aku dapat panggilan temu duga sebagai Pegawai Kontrak untuk Perkhidmatan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia . Interview aku hari Rabu 15Feb2017 (rabu kemarin). Haritu Kastam ada buat pengumuman berkaitan jawatan kosong kontrak laa. Sebenarnya, aku tak tahu pun ada jawatan kosong ni. Ini pun fifie bagitahu, ajak hantar resume dekat Kastam haa. Masa fifie text aku tu minggu lepas hari isnin. Hari isnin hari tu aku ada interview juga sebagai Online Marketing Executive. Pasal position tu aku tamo habaq laa. Aku dengan fifie submit resume, cover letter, gambar masa hari Jumaat 10Feb2017 . Tak berharap apa pun, sebab position kali ni dia job scope dia nak "Audit Pensyarikatan" more tu graduan yang course akaun ke kewangan ni. Aku just ada basic akaun je, itu pun dah lupa. Bebai palotak betoi, hahaha. Hari Sabtu petang 11Feb2017  aku buka email, dipanggil un...