TEMU DUGA UNTUK PEGAWAI CONTRACT FOR SERVICE DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Hai, lama gila tak update blog. Ala, kalau update pun bukan ada yang baca yedak? Hahaha. Ni sebenarnya nak cerita, Minggu ni aku dapat panggilan temu duga sebagai Pegawai Kontrak untuk Perkhidmatan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Interview aku hari Rabu 15Feb2017 (rabu kemarin).

Haritu Kastam ada buat pengumuman berkaitan jawatan kosong kontrak laa. Sebenarnya, aku tak tahu pun ada jawatan kosong ni. Ini pun fifie bagitahu, ajak hantar resume dekat Kastam haa. Masa fifie text aku tu minggu lepas hari isnin. Hari isnin hari tu aku ada interview juga sebagai Online Marketing Executive. Pasal position tu aku tamo habaq laa.

Aku dengan fifie submit resume, cover letter, gambar masa hari Jumaat 10Feb2017. Tak berharap apa pun, sebab position kali ni dia job scope dia nak "Audit Pensyarikatan" more tu graduan yang course akaun ke kewangan ni. Aku just ada basic akaun je, itu pun dah lupa. Bebai palotak betoi, hahaha. Hari Sabtu petang 11Feb2017 aku buka email, dipanggil untuk temu duga. Check email nampak email fifie, terus cakap kat dia. Ini bermakna aku ada 3 hari saja untuk study pasal Kastam ni.

Aku dengan excited bagitahu boyfriend aku "Dia, kita dapat panggilan temu duga kastam tapi kontrak je". Dia dengan tak sabarnya call aku. Nasihat dia satu je "Yang, pergi study 3 hari je lagi. Study betul-betul jangan main-main". Mood nak study tu Ya Allah, tuhan je tahu. Bila otak kau dah tepu nak study. 

Lepas tu aku tanyalah fifie masa dia pergi interview untuk jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) hari tu dia tanya apa. Masa tu dia dapat temu duga untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29. Lepas tu kemain laa aku study macam aku nak pergi interview SPA padahal ini dekat Jabatan Kastam je pun.

Pepagi lagi lepas subuh aku dengan fifie bertolak dari cheras nak ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia dekat Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Keadaan pepagi lepas subuh pukul 6 lebih jem dah. Teruk weh, macam mana la kan orang kerja jauh keluar awal-awal pagi semata-mata nak redah jem. Semangat nak cerita rezeki gitulah. 

Okay sambung,

Kitaorang sampai dalam pukul 7.30 pagi. Kalau ikutkan, kitaorang nak naik je Sumber Manusia dekat tingkat 5 tu, tapi pak guard cakap atas takda orang pukul 8.00 baru boleh naik. Lepas pukul 8.00 naik atas dah ramai orang. Fifie, orang ke 12. Aku orang ke 13. Lepas tu kteorang dipisahkan dengan nombor genap dan ganjil. Wuwuwu, ingat interview berkumpulan cuak gak aku. Rupanya tak.

Dalam pukul 10.30 pagi baru giliran aku masuk untuk interview. Korang nak tahu, aku punya study kemain sungguh-sungguh. Aku dok hafal nama PM, nama Menteri, nama Pengarah Kastam dengan dia punya timbalan. Tapi soalan dia takda kaitan apa aku baca. Aku baca laa audit, baca akaun, baca gst, baca kastam, sampai suruh boipreng aku terangkan pasal gst dengan akaun laa. Mungkin rezeki aku, panel tu tak tanya langsung pasal semua tu.

Panel tu just tanya "Introduce Yourself". Itu bermaksud kau kena kenalkan diri kau dalam bahasa inggeris. Aku pun introduce laa diri aku semua. Sambil aku cakap-cakap tu dia meyampuk tanya soalan, terpaksalah aku berhenti dan sambung. Panel aku lelaki dan perempuan. Dua-dua tu perasan yang aku datang awal-awal pagi lagi. Dan dia pelik kenapa aku lambat masuk interview. Pastu aku cakaplah yang pak guard tu cakap tunggu bawah. Pehh, menyerlah juga aku masa tu. Kahkahkah! Then dia just tanya latar belakang aku dengan pengalaman aku bekerja. Cukuplah 15 minit je. Serius, group aku sekejap gila kalau nak dibandingkan group fifie.

Lepas tu aku pun redha. Dapat-dapatlah, kalau tak dapat bukan rezeki. Allah dah tentukan rezeki aku dekat mana. So, tak perlulah nak bersedih ke apa ke. Aku dah berusaha, dah cuba dan tawakal. Aku redha. Haa, korang nak tahu gaji untuk kontrak ni berapa? RM2500 boleh tahan kan? Tapiiiiii.. dia takda laa insentif lain macam kerja tetap, gittew.

Panjang sangat ni. Nantilah, aku share soalan yang fifie kena masa interview pegawai kontrak kastam ni. Thanks for reading,

Comments

  1. salam,

    berapa lama tempoh kerja pegawai contract of service nie?

    ReplyDelete
  2. salam,

    lepastu awk dapat tak jawatan tu? berapa lama tunggu jawapan ye selepas interview?

    ReplyDelete
  3. Hi, i nak tanya posting dia macam mana ye...kat putrajaya ke? atau ikut negeri? pasal baru baru ini ku pun dapat panggilan temeuduga bagi peg.kntrk jugak...lokasi dia seluruh malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi bila interview? Recently i pun dpt panggilan temuduga.

      Delete
    2. biler date ur iv.?

      Delete
    3. salam.. saya pun ada dapat panggilan temuduga pada 1/3/2018 (Khamis) iaitu esok hari lah. hehe goodluck semua

      Delete
    4. salam, mcm mana iv tadi? esok sy ada iv jugak contract for service. 2/3/2018 di putrajaya.

      Delete
    5. Hi..for those yg pegi iv contract for service awal bulan 3 tu dh dpt keputusan ke? Dpt penempatan kat mana ye?

      Delete
  4. Hi, anyone yg dah ada dapat result tak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review : Detox Badan dengan Clenx Tea untuk Kurus dan Sihat

KEPUTUSAN TEMU DUGA PEGAWAI KASTAM KONTRAK