Posts

Showing posts from May, 2015

Good Bye MAY!

Image
Bulan yang banyak pahit manisnya. Hopefully, next month bertambah manisnya. Lagi-lagi bulan puasa 😊

Last sem : Rezeki

Image
Alhamdulillah. Result kali ini makin menaik. Untuk kali pertama aku dapat " Dean List " haha dah nak last sem baru nak merasa. Perasaan aku? Bersyukur dan gembira tapi entahlah perasaan tu biasa je. Tak rasa macam nak share pon cerita ni atau nak heboh-hebohkan. Tapi aku dah hebohkan dekat blog. Lantak laa siapa yang baca je tahu. Berkat doa makbapak aku jugak laa doakan aku. Paling berterima kasih dekat lecturer yang banyak membantu. Ya, aku tak hebat macam orang lain. Aku ni pemalas dan pelupa tapi dah tahu diri sendiri pelupa.. lagi malas nak belajar baca buku hafal ke, haihhh memang bukan aku laa. Aku rasa rezeki aku, dapat dekan tu pon nasib je. Aku tahu tu. Kalau nak dibandingkan dengan usaha aku tu, aku tak layak kot. Aku malas nak update status bagai ni, aku takmau kawan-kawan aku down, sedih. Aku pernah rasa macam dorang rasa. Perasaan kau bila kawan kau lagi berjaya dari kau. Memang la kau happy kau kau hebat, pandai, dekan tapi tipu laa kalau tak sedih enn.. takpa

Review : Veet (Hair Removal Cream)

Image
Hari ni aku nak buat review pasal hair removal. Oh yaa, ini first review saja je nak review. Benda ni dah lama tapi aku baru tahu cara nak gunanya. Masa tu jumpa Qila, dia dok cite pasal "buang bulu" ni.. dia dok kata dengan aku makcik dia guna terbaik katanya. Kalau nak rasa macam kulit baby tu try guna Veet ni menjadi, hahaha. Maaflah review ni macam dewasa sikit enn, dah dewasakan awak semua? Mesti ada "bulu" punya, hahaha. Jangan fikir bukan-bukan okay. Bulu kaki, bulu roma haaaa banyak jenis bulu ada jangan ulat bulu sudah, eh.  Actually, takda laa macam kulit baby tu tapi seriously licin kot. Hair removal yang tak akan buat kau rasa sakit. Selama ni aku guna pencukur biasa je, haha. Bulu tak habis tarik rasa tajam-tajam je lagi, haha. Tapi lepas ni aku akan gunakan Veet je, hehew licin kawww. Mwahahahaha Aku pilih yang sensitive. Actually kulit aku takda laa sensitive aku dok dengar Qila cakap better pilih sensitive mana tahu kulit kite ni sensitive pulok, hah

Praktikal : Latihan Industri III

Image
Hai Assalamualaikum. Alhamdulillah, dah minggu kedua aku praktikal di PNB. So far so good, haha itu je yang mampu aku kata. Entahlah dah rezeki aku kot kat sini hadamkan saja. Aku diletakan di Unit Trust Operation (UTO) . Under UTO ada banyak section. 5 section tak silap aku tapi dorang just bagi aku 2 section je nanti. Sekarang ni aku dekat section "pembahagian harta pusaka" dalam setengah bulan aku ditempatkan disini. Lagi one month and half aku akan diletakkan dekat Hibah tempat man. So aku bertukar dengan man. Aku dengan Man satu department. Janah account department. Walaupun account tu nampak macam " wow menakutkan " bagi aku department aku lagi menakutkan. Setiap budak praktikal kat department aku kena buat presentation about book review and improvement for our department. Bapak ahhh mati kena present dekat 5 orang bos. Ah belum masuk lecturer aku nanti, bapak ahh. All in english, susah weh nak translate kan malay ke english. Kat tempat aku ni semua kerja in b

Puisi : Tujuh Belas

Image
#Bayanganmu Sungguh aku membenci diriku Disaat aku ingin melupakanmu Mengapa mesti aku terlihat bayanganmu Sungguh ia mengganggu diriku Asyik teringatkan kamu Yang wujud dalam ruang dimensiku - Abell @pwincessabell

Puisi : Enam Belas

#Bermimpi Semalam aku tidur lena sekali Walaupun sakit disiang hari Aku check handphone berkali-kali Agar aku tidak perasan lagi Eh, kau wasep aku pagi-pagi Nak kata mimpi ke realiti AKu pon tak pasti Tapi aku rasa bahagia sekali Dan bila aku bangun pagi Aku cuba check handphone sekali lagi Eh, kosong je ni Aku ni betul ke tak ni Fikir sekali lagi Laa rupanya aku bermimpi Mimpi daa bukan realiti Sakitnya hati Dalam mimpi pon boleh syok sendiri Boleh tak jangan muncul lagi Walaupun dalam mimpi Aku tak mahu ingat kau lagi -  Abell @pwincessabell

Puisi : Lima Belas

Image
#Bolehkan? Bolehkan aku pergi? Aku bukan ada gunanya lagi Aku saja yang tak sedar diri Mengharap pada engkau yang tak pasti Berangan sampai ke mimpi Tak sedar dengan realiti Yang hati kau dah lama pun mati Jangan cari aku lagi Jangan muncul kembali Jangan bagi aku harapan lagi Jangan buat aku rasa tak sedar diri Biarlah aku pergi Biar tiada rasa sedih ini lagi Untuk kali ini Tapi Sekali lagi Bolehkan aku pergi? Cis, cilaka punya hati Kalau kau mati Bukannya dia peduli Sudahlah sedarlah diri Bangkit semangat duhai hati - Abell @pwincessabell

Puisi : Empat Belas

Image
#Sendiri Belajar sendiri Tak perlu simpati Berjalan sendiri Teguh berani Untuk sendiri Cekal berdiri Membawa erti Diri ini Seorang diri - Abell @pwincessabell

Puisi : Tiga Belas

#Tak sempurna Aku memang tak sempurna Maafkan aku buat kau terluka Aku buat kerna aku terpaksa Jika inilah takdirnya harap kau terima Terima kasih atas peluang kau beri Terima kasih sebab pernah terima hati ini Walaupun hati ini ini tidak begitu pasti Kau tetap yakinkan aku untuk terima hati ini Maafkan aku buat kau begitu Kalau jodoh pasti ketemu Jagalah diri dan keluargamu Suatu hari pasti bahagia bertemumu Meskipun begitu Aku tetap bersedih denganmu Kerna aku tahu rasa itu Mungkin menyakitkan hatimu - Abell @pwincessabell

#menjadi terakhir

Image
Bagi aku. Baik jadi yang terakhir daripada jadi yang pertama. Sebab yang pertama dan terakhir, rasanya tak sama. Pertama mungkin mengecewakan. Terakhir mungkin membahagiakan, mungkin. Tapi ini semua terpulang pada individu itu sendiri. Dimana kau tempatkan sesorang itu dekat hati kau. Bila yang pertama menjadi harapan utama; kau mungkin terlupa yang terakhir. Sebab yang pertama tak mungkin akan jadi yang terakhir. Dan mungkin yang terakhir akan menggantikan tempat yang pertama selamanya, mungkin. Aku cakap semua ini "MUNGKIN" tapi kalau dah memang jodoh bersama itulah munkin dah memang takdir kau. Kalau kau tak nak diri kau terus dikecewakan. Letakan TUHAN yang satu dihati kau dahulu baru fikirkan yang lain. Usaha, doa dan tawakal Kalau kau dah usaha, doa dan tawakal tapi masih terus dikecewakan dan disakiti. Bersabarlah. Yakinlah dengan perancanganNYA. Pasti ada hikmah dan ganjaran untuk kau nanti. Percayalah. - Abell @pwincessabell

Puisi : Dua belas

Image
#Mohon Mohon kau bahagia dengan kehidupan yang kini tanpa aku disisi Pergilah kau membawa diri dari aku yang tak menghargai Maaf kerna aku tak sudi menjadi temanmu lagi Kali ni #Ahmad pun telah mempersetujui untuk menarik diri dan pergi. Ahmad, saya mintak maaf yee awak. Saya tahu awak tak patut maafkan saya tapi benda ni untuk kebaikan awak dan saya juga. Saya harap awak dapat move on dan carilah pengganti saya yang boleh terima awak dan menghargai awak. Awak maaf. - Abell @pwincessabell

Puisi : Sebelas

Image
#Menghargai Kadang-kadang benci diri sendiri Sendiri yang tak reti nak menghargai Hargai apa yang telah di beri Di beri peluang yang takkan mungkin ada lagi Ahh persetankan semua itu Aku tidak layak dengan peluang itu Biarkan masa berlalu untuk memberi ruang waktu Waktu kau mencari sesuatu Sesuatu yang lebih menghargai kau dan waktu Bukan manusia seperti aku Marahlah aku Bencilah aku Aku memang layak diperkatakan sebegitu Biarlah aku mereput dan kenangan itu Orang cakap kau patut bersyukur dengan apa yang kau dapat. Aku memang bersyukur tapi aku tak reti nak menghargai. Orang cakap dekat aku kau patut bersyukur sebab ada manusia yang boleh terima kau seadanya tapi aku tak bersyukur dengan itu. Entahlah kenapa begitu aku pun tak tahu, kecian Ahmad. Maaf awak :( - Abell @pwincessabell

Puisi : Sepuluh

Image
#Dulu sekarang lain Ye dulu aku gelakkan kau Ye dulu aku juga ketawakan kau Ye dulu.. Dulu Aku macam tu sebab aku tak faham lagi apa yang kau pernah rasakan dahulu Dahulu aku bukan ditempat kau Dahulu aku tak faham situasi kau Dahulu aku alpa ada yang memerhatikan aku Ya, tapi itu semua dulu Sekarang Aku mula faham dan rasa apa kau rasa Sebab aku dah terkena Ini bukan karma tapi ini satu petanda Petanda supaya aku sedar ada yang melihat sikapku didunia - Abell @pwincessabell

Puisi : Sembilan

Image
#Langit Langit tak cerah awan tak mendung Berat mata saya memandang Berat lagi bahu awak yang menangung Tiada kata yang mampu diungkap Melainkan tadahkan tangan lafazkan doa' agar Tuhan mendengar Sayang, tabah dan sabarlah dikau ketika ujian menimpamu Kerna tiada pintu yang paling kukuh selain pintu hatimu "Rabbi yassir wala tu'assir Rabbi tammim bi khair" Ya Allah, permudakanlah jangan dipersulit Ya Allah, sempurnkan dengan kebaikan Puisi ni khas untuk mangsa-magsa banjir yang dekat Kelantan tu. Tapi dan sebenarnya untuk exboipren aku nama #Ahmad. Masa tu Kelantan memang banjir teruk, kesian jugaklah aku dengar cerita dia. Dia je laa rasa aku tak rasa tapi tu laa aku ni tak mampu nak cakap apa-apa yang aku tahu cakap "Sabarlah awak, Allah buat semua ni pasti ada hikmahnya". Aku tak habis-habis dengan sabar sabar sabar dan sabar. Sedihlah jugak. Aku mampu berdoa dan bagi sumbangan duit je ikut kemampuan aku itu dah kira okay laa tu kan.  Masa ni aku dengan A

Puisi : Lapan

Image
#senyum Senyum selagi boleh Senyum selagi ada kegembiraan Senyum selagi ada yang memerlukan senyuman kita Jadi, senyumlah sedikit walaupun ada tercalit kedukaan :) - Abell @pwincessabell

#Give

Kau pernah cakap dekat aku "What you GIVE, you GET back". Memang selalu kau tegaskan "quote" itu dekat aku. Sedikit pun aku tak takut sebab aku tahu apa yang aku buat, aku tahu kau dengan aku macam mana so buat apa aku nak takutkan? Nak jadikan cerita... Kau makin menyepi dan makin menghilang. Kau sedar tak apa yang kau tegaskan dahulu? Setiap hari aku tertanya-tanya. Kau muncul dan bawa sebuah berita. Berita sedih. Memang Sedih untuk aku terima tapi aku telankan saja. Aku teruskan dengan cerita baru aku. Tapi kau masih "stuck" disitu. Mungkin dulu kau tersalah sampaikan berita ittu atau mungkin kau tak sedar cara penyampaian kau itu salah atau mungkin jug kau tahu cara kau salah dan tak tahu bagaimana nak memperbetulkan berita tu. Tapi tak mengapa. Benda sudah pun berlalu dan biarkan ia berlalu. Usah dikenang kisah dahulu. Jangan salahkan diri sendiri dan jangan sekali salahkan orang lain. Pengajaran cerita ini, jangan bersikap terburu-buru dalam membuat

Puisi : Tujuh

Image
 Manusia tanpa muka takpa Jangan manusi bertalam dua Manusia bertalam dua adalah durjana Durjana yang memecah belahkan manusia - Abell @pwincessabell

Puisi : Enam

Image
#Bukan Kawan Dulu kau kasi aku harapan, a ku jadi suka Kini suka itu makin hilang dan menjadi duka Aku bukan tak sudi menjadi "kawan" yang kau inginkan Aku cuma kecewa dengan harapan yang kau berikan Dulu langit aku mendung ditemani titik air hujan tanpa pelangi Kini harapan makin bersiniar sejak muncul pelangi Hati aku mula ditumbuhi taman-taman yang indah Aku harap ini bukan harapan dongengan mimpi belaka Tak senonohkan gambar aku ni. Lagi-lagi budak nama #Ahmad yang editkan. Handsome jugak dia editkan gambar aku, hahaha. Memang nasib Ahmad laa dapat makwe macam aku. Hantar gambar tak pernah nak senonoh. Lubang hidung jugak aku kasi, kehkehkeh. Masa ni aku dengan Ahmad masih dalam mood happy dan aku cuba untuk terima dia dan sayang dia seadanya. Cumaaaaa benda ini take time sikit laa awak.  to be continue,,, - Abell @pwincess

#Ahmad

Image
Boy is your name AHMAD? Cause I AHMAD terpikat dengan you Apa punya pickupline aku guna. Habis semua orang nama ahmad cair dengan aku, mwahaha. Masa ini konon-konon aku dah bole move on laa tinggal sisa baki sikit-sikit. Yang bangangnya, aku terima budak nama AHMAD ni dalam relationship aku. Dia baik orangnya, cuma aku je jahat sikit. Sikit je laa. Seriusly, dengan dia aku banyak gaduh.. eh, bukan dia je aku gaduh dengan semua orang aku suka gaduh, hahaha. Entahlah masa tu kepala aku ni keras semacam je dengan dia. Sebab baru lagi kot tu yang suka cari pasal tu, hahaha. Lagi pun aku dengan dia dalam proses perkenalan.  Aku layan budak yang buat sakit hati aku tu acuh tak acuh je. Padan muka! Tahu pun langit tu tinggi ke rendah, kahkahkah! Aku happy gila sebab dapat buat dia sakit hati. Nak tinggalkan aku sangat kannn..  - Abell @ pwincessabell 

Puisi : Lima

Image
#Sepi Hai awak yang jauh dimata tapi masih tiada dihati Tolong penuhi ruang kosong dihati ini Seperti bangku kosong dibelakang yang sepi Masa ini aku acah-acah nak move on laa sangat. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Perasaan masa tu adalah perasaan yang paling celaka yang aku rasa. Masa ni aku betul-betul rasa sepi sampai semua orang aku layan tapi sikit pun aku tak letak perasaan. Entahlah. - Abell @pwincessabell

Puisi : Empat

#Terima Kasih Terima kasih kerna pernah hadir dalam hidupku Meskipun kau telah mengecewakanku Tapi tak mengapa Ini semua pasti ada hikmahnya Kesilapanmu mungkin akan ku terima Tetapi kenangan bersamamu tidak akan ku lupa Terima kasih kerna pernah hadir buat seketika Walaupun kita tidak mungkin menjadi teman biasa Dan puisi ni masa aku tengah down gila. Rasa diri ni memang kena dump je. Masa ni jugak aku rasa aku ni ngok ngek kepala kemek. Entah macam mana, aku dengan dia ada perselisihan faham dan aku buat-buat faham. Konon-konon aku ni boleh terima semua tu tapi sebenarnya tak. Sikit pun aku tak rasa macam tu. Aku betul-betul benci dia masa tu. Masa tu je laa, hahaha. typical girlsss betul laa aku ni. - Abell @pwincessabell

Puisi : Tiga

#Sibuk Sesibuk mana pun kau Kau masih ada masa untuk aku Sesibuk mana pun kau Kau masih ada masa untuk cakap yang kau rindu Sesibuk mana pun kau Aku tahu sayang kau dekat aku tak pernah layu Akhir kata aku pada kau Ailebiu Masa ini aku tengh fall in love betei dengan dia kau tahu. Masa tu dia sangat busy. Dengan kakak dia nak kahwin laa apa laa tapi dia still akan cari aku. Tu yang aku suka tu yang rasa sayang sangat, hahaha sayang? Gelikan? Entah macam mana aku boleh mengaku yang aku sayang, hahaha. Kbaii maluuuuu - Abell @pwincessabell

Puisi : Dua

Image
#Pegang Erat Suatu hari kau akan memegang erat tangan ini  Dan memimpinnya untuk menuju ke Jannah bersama denganku.  In sha Allah.  Jaga hati ini.  Jaga hubungan ini. Agar diredhaiNYA.  Aicehh. - Abell @pwincessabell

Puisi : Satu

Image
#Maaf Maafkan aku kerna aku sering mengecewakan kau.  Maafkan aku kerna aku sering buat kau terluka. Maafkan aku kerna aku tak sempurna.  Maafkan aku. Kerna sayang aku terpaksa lepaskan kau pergi bersama yang lain Ini hasil penulisan puisi pertama aku. Aku post dekat instagram then connect dengan FB, entahlah aku pun tak tahu laa macam mana aku boleh terjebak nak create #puisihati sendiri. Dengan puisi aku dapat luahkan perasaan aku secara senyap dan halus. Hanya orang yang faham sahaja yang faham apa yang aku sampaikan dan apa yang aku maksudkan. Puisi ni ibarat hati aku pada masa itu.  Kekadang terasa jiwa ni sentimental betul laa. Puisi-puisi ni datang bila mood aku lain "macam" haha. Kekadang ia datang masa pepagi buta orang lain dok berdengkur aku dok menaip kata. Entahlah, feel pepagi buta ni macam maciammm laaa. Sejak umur dah dupuloh something ni, feel ni kemain lentok je. Kalah Ella punya lentok taww, Hahaha. Dan sekarang ni acah-acah nak buat puisi sendiri. Aku nak

Praktikal : Latihan Industri II

Lagi berapa seminggu je lagi masa untuk aku buat keputusan untuk tempat praktikal aku. Sebenarnya, tarikh akhir hantar blue form dekat BRIC Unisel esok, iaitu Isnin. Omaigaddd, surat confirmation aku tak dapat lagi. Aku tengah tunggu surat dari PNB ni haa. Dia cakap nak pos surat tu tapi tak pos-pos. Janah je dapat surat dari dorang. Tapi PNB dah janji memang nak ambek aku, Janah dengan Rahman untuk praktikal dekat tempat dorang tu nanti. Yang aku tahu yang mintak PNB aku, Janah dengan Rahman. Hopefully, ada laa rezeki aku dengan Rahman ni praktikal dekat sini. Senang kalau satu tempat ni. Lagi-lagi kteorang rapat. Haihhh, tapi aku still risaulah. Yela, bila dia nak sign surat kteorang ni. Sedih taw. Tamo laa extend sakit hati ittew :( Ramai jugaklah yang risaukan aku ni. Alahaiii, janganlah risau. Lagi ramai orang risau lagi laa aku gusar haiyaaaa. InsyaAllah dapat. Korang doakan laa ek, moga-moga PNB tolong aku. Aminnnn Nasib baiklah encik Hafiz coordinator kteorang kasi sampai Khami