Bulan Januari tahun ni genaplah aku dengan dia bercinta selama dua tahun untuk tempoh perkenalan selama 4 tahun. Aku kenal dia since bulan tiga 2014. Pada asalnya, kami cuma berkawan untuk tempoh 2 tahun pertama. Yes, dalam masa berkawan tu aku memang ada hati dekat dia. First time, aku rasa sayang dekat sesorang sampai aku sanggup tunggu dia dan abaikan orang lain sebab hati aku hanya pada dia. Sepanjang tempoh 2 tahun pertama, banyak jugalah krisis aku dan dia. Dia cuma anggap aku kawan, sedangkan dia layan aku bukan macam kawan. Hati siapa tak sedih weh tapi aku kuat. Kuat-kuat aku pun aku kalah dengan perasaan aku. Tahun ketiga aku kenal dia, dia mula dekat dengan aku. Dia mula cari aku, dia mula luahkan perasaan dia dekat aku. Rupanya, masa aku kenal dia dan kawan dengan dia untuk tempoh 2 tahun pertama dia dah ada buah hati. Memang macam "whatttt? macam mana boleh aku tak tahu?". Patutlah dia main tarik tali dengan aku, kenapalah aku tak perasan. Kira lama laa jugak aku...
Hi korang. Hari ni aku nak review sikit Natural Clenx Tea memandangkan aku dah cuba minum teh ni dua tiga hari ni, eh? Dua hari je aku cuba minum. Malam Jumaat lepas, then hari Sabtu aku recycle balik teh tu. Sabtu malam aku bancuh baru, then ahad malam aku recycle je balik. Yela, membazir kalau guna sekali je. Asalnya aku tahu pasal teh ni pun daripada Facebook. Nama facebook tu, kurus sebelum puasa. Konon-kononnya nak kurus laa sebelum raya tapi aku tak lalu nak amalkan diet atkins, ek betul tak aku eja? hahaha. Lepas tu aku tanya Jia, officemate aku pasal Clenx Tea. Dia cakap teh ni tak sedap, bau pun tak best katanya laa kan. So, dia pun bagi la 4 sachets. Aku dah cuba 2 sachet je. Inilah tehnya, harga sekotak macam ni hari tu aku usha dalam RM30 sekotak. Kalau tak silap aku laa. Tapi kalau nak bandingkan teh ni dengan teh D'herbs aku pernah beli, rasa dia lagi teruk. Sumpah teruk gila. Dah la serbuk, kena bancuh, bau dia pehhhh tak menahan weh, hahaha. Tak caya cubalah try teh...
Alhamdulillah. Result kali ini makin menaik. Untuk kali pertama aku dapat " Dean List " haha dah nak last sem baru nak merasa. Perasaan aku? Bersyukur dan gembira tapi entahlah perasaan tu biasa je. Tak rasa macam nak share pon cerita ni atau nak heboh-hebohkan. Tapi aku dah hebohkan dekat blog. Lantak laa siapa yang baca je tahu. Berkat doa makbapak aku jugak laa doakan aku. Paling berterima kasih dekat lecturer yang banyak membantu. Ya, aku tak hebat macam orang lain. Aku ni pemalas dan pelupa tapi dah tahu diri sendiri pelupa.. lagi malas nak belajar baca buku hafal ke, haihhh memang bukan aku laa. Aku rasa rezeki aku, dapat dekan tu pon nasib je. Aku tahu tu. Kalau nak dibandingkan dengan usaha aku tu, aku tak layak kot. Aku malas nak update status bagai ni, aku takmau kawan-kawan aku down, sedih. Aku pernah rasa macam dorang rasa. Perasaan kau bila kawan kau lagi berjaya dari kau. Memang la kau happy kau kau hebat, pandai, dekan tapi tipu laa kalau tak sedih enn.. takpa ...
Comments
Post a Comment