Hi korang. Hari ni aku nak review sikit Natural Clenx Tea memandangkan aku dah cuba minum teh ni dua tiga hari ni, eh? Dua hari je aku cuba minum. Malam Jumaat lepas, then hari Sabtu aku recycle balik teh tu. Sabtu malam aku bancuh baru, then ahad malam aku recycle je balik. Yela, membazir kalau guna sekali je. Asalnya aku tahu pasal teh ni pun daripada Facebook. Nama facebook tu, kurus sebelum puasa. Konon-kononnya nak kurus laa sebelum raya tapi aku tak lalu nak amalkan diet atkins, ek betul tak aku eja? hahaha. Lepas tu aku tanya Jia, officemate aku pasal Clenx Tea. Dia cakap teh ni tak sedap, bau pun tak best katanya laa kan. So, dia pun bagi la 4 sachets. Aku dah cuba 2 sachet je. Inilah tehnya, harga sekotak macam ni hari tu aku usha dalam RM30 sekotak. Kalau tak silap aku laa. Tapi kalau nak bandingkan teh ni dengan teh D'herbs aku pernah beli, rasa dia lagi teruk. Sumpah teruk gila. Dah la serbuk, kena bancuh, bau dia pehhhh tak menahan weh, hahaha. Tak caya cubalah try teh
Hai, lama gila tak update blog. Ala, kalau update pun bukan ada yang baca yedak? Hahaha. Ni sebenarnya nak cerita, Minggu ni aku dapat panggilan temu duga sebagai Pegawai Kontrak untuk Perkhidmatan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia . Interview aku hari Rabu 15Feb2017 (rabu kemarin). Haritu Kastam ada buat pengumuman berkaitan jawatan kosong kontrak laa. Sebenarnya, aku tak tahu pun ada jawatan kosong ni. Ini pun fifie bagitahu, ajak hantar resume dekat Kastam haa. Masa fifie text aku tu minggu lepas hari isnin. Hari isnin hari tu aku ada interview juga sebagai Online Marketing Executive. Pasal position tu aku tamo habaq laa. Aku dengan fifie submit resume, cover letter, gambar masa hari Jumaat 10Feb2017 . Tak berharap apa pun, sebab position kali ni dia job scope dia nak "Audit Pensyarikatan" more tu graduan yang course akaun ke kewangan ni. Aku just ada basic akaun je, itu pun dah lupa. Bebai palotak betoi, hahaha. Hari Sabtu petang 11Feb2017 aku buka email, dipanggil un
Alhamdulillah, dapat tawaran untuk berkhidmat kepada kerajaan hohoho. Haritu kan aku ada cerita yang aku pergi temu duga untuk pegawai kastam kontrak. Haa, kalau yang tak tahu tu boleh klik sini . Hari ini hujan dipagi hari, seperti biasa aku mengisi masa kosong aku dengan melengkapkan planner harian aku *sangat-sangat takda kerja*. Tengah mohon kerja dekat jobstreet tetiba dapat satu email berbunyi "TAWARAN BERKHIDMAT SEBAGAI PEGAWAI KONTRAK SECARA CONTRACT FOR SERVICE DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA" . Fuh, berderau darah ceq. Tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku siang tadi. Terkejut, gembira, sedih, keliru, dan semua perasaan ada. Nak tahu kenapa? Sebab aku ditempatkan di "Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Taman Perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Klang" . Weh, Port Klang weh aku dapat, Port Klang! Bukan Cheras, bukan dekat KL ke apa. Sumpah aku terkejut. Aku keliru. Macam-macam dalam otak aku ni fikir. Macam mana aku nak pergi sana. Kalau drive dari ruma
Comments
Post a Comment