RESIPI : KEK COKLAT KARAMEL
Hi, Assalamualaikum.
Hari ni Byla nak share resipi kek coklat karamel. Byla follow resipi dekat facebook je, hihi. Sebab apa Byla rasa nak share? Sebab Byla buat menjadi dan sangat sedap, hahaha *perasan* Resipi ni sangat-sangat mudah dan senang. Byla just share resipi je okay :)
Bahan-bahan:
Step 1:
- 2 sudu besar gula dicairkan dalam loyang atas api yang perlahan. Kemudian, ratakan gula yang telah dicairkan dipermukaan loyang dan sejukkan.
Step 2 untuk Karamel:
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
- 3 biji kuning telur
- Sedikit esen vanilla
- Putar kesemua bahan sampai sebati.
- Selepas itu, tuang ke dalam loyang gula tadi (refer: step 1)
- Kukus dalam 20-25 minit
- Sejukkan
Step 3 untuk lapisan Kek Coklat:
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan gula
- 1 cawan serbuk koko
- Masukkan dalam periuk, kacau sampai sebati diatas api yang perlahan.
- Kacau dalam 3-4 minit
- 4 biji telur yang di blend
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- Ayak dahulu bahan-bahan diatas.
- Masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan coklat.
- Selang-seli dengan telur.
- Kacau sehingga sebati.
- Tuangkan diatas karamel (step 2) guna senduk.
- Kukus selama 45-60 minit.
- Cucuk dengan lidi kalau nak tahu dah masak ke belum. Kalau kering/ tak melekat tandanya dah pun masak.
Step 4: Siap untuk dihidang. Kalau masuk dalam peti ais lagi sedap. Byla suka sejuk-sejuk sebab kek ni macam karamel telur lembik-lembik. Byla buat kek ni dapat dalam 2 loyang. Banyakkan? Tapi karamel dia pulak yang sikit (nipis), so korang tambahkan laa kuantiti bahan untuk karamel.
First time try kek karamel ni, hancur! Karamel & kek bersatu, jadi lembik dan manis teramat.
ReplyDeleteLepastu tak cuba dah.
Mungkin boleh try resepi ni.
Cubalah buat lagi, practice make perfect gittew. Kurangkan gula atau susu dalam adunan nanti. hihi
Deletewaaaaa macam sedap je ni byla. bagi la rasa sikit boleh? haha nak buat sendiri macam tak layak lagi je.
ReplyDeleteaik, nape pulak tak layak? layak je. Saja je tak nak makan kan? hehehe
Deletekena try buat ni :D hehe
ReplyDeleteTry laa buat. Mesti lagi sedap hihi :D
Delete