BR1M Bujang 2017
Alhamdulillah, permohonan BR1M bujang diluluskan. Sampai bila tah nak membujang ni? hihi. Selagi bujang, selagi tu dapat. Bestkan jadi bujang senang haha. Sebenarnya, semalam lagikan BR1M dah masuk tapi itulah Byla tak sempat nak update blog. Bersyukur masuk dalam kelompok 1 ada kawan Byla check BR1M dia masih dalam proses, frust betul dia, haha.
Bagi korang yang nak check BR1M korang boleh masuk laman web ini dan klik pada semakan status. Semalam Byla check duit dah masuk tapi dekat status tu tak ada pun dia bagitahu kredit duit tu kat mana. Check je bank akaun korang, kalau rasa macam banyak semacam tu masuklah.
Apa yang korang buat dengan duit BR1M?
Kalau Byla, emm...
1) Bayar duit PTPTN, haha. Ingat hutang yang ada. Jangan nak enjoy sangat.
2) Simpan RM50 daripada duit BR1M tu dalam tabung dan jangan usik-usik.
3) Guna separuh daripada duit BR1M ni untuk modal perniagaan. Even Byla dah start jual produk kecantikan The Junni. Byla rasa macam nak jual benda lain juga. Maybe produk kecantikan untuk dalaman pulak.
4) Kalau ada lebih, belanja family kot. Hihi. RM450 ni kejap je habis. Takdanya nak bertahan sampai akhir tahun, hoho bertabahlah.
Kalau Byla baca blogger lain. Ada tu nak guna duit BR1M untuk travel. Travel dalam negara boleh la kot tapi kalau travel luar negara ehem mohon minta dekat Abe Jib kasi RM4500 sorang, hahaha. Gurau je :D Selain tu, ada juga nak guna duit BR1M ni buat modal bisnes. Bagus wak, kalau guna buat bisnes. Lagi apa ek? emm macam-macam kot. Masing-masing ada perancangan tersendiri.
"Kita merancang, Allah yang menentukan."
Yang penting, gunakan sebaik mungkin duit BR1M ni tau :)
BV pun rasanya nak gunakan brim utk bayar ptptn :D
ReplyDeleteHuhu, sama la kita :D
Deletehahahahahaha tak kira. syed nak guna untuk travel jugak! hihi. btw baguslah guna duit yang diberikan untuk berniaga. supaya makin bertambah rezeki ya.
ReplyDeleteInsyaAllah, mudah-mudahan. Aamiin :) hihi
DeleteTahniah Byla..
ReplyDeleteAlhamdulillah dimudahkan rezeki..
Seronok baca org dapat BR1M. Akak hanya tumpang gembira.. 😊
Alhamdulillah, selagi bujang ni, boleh la merasa. hihi
DeleteBetul tu Byla, buatlah apa pun, asalkan untuk perkara yang berfaedah.
ReplyDeletekhennnnn.. hihi
Delete