Aktiviti : Percutian Pendek ke Cameron Highlands I
Hi, Assalamualaikum
Lama sangat aku tak update blog ni. Maaf kalau lama sangat menyepi. Bukan apa, duduk jauh dari rumah ni susah sikit. Nak update blog ada je halangan, kadang-kadang tu idea pon hilang hihi. Sorry korang. So, aku nak share sikit tentang percutian DUA HARI 1MALAM pada 11-12 November 2017 (Sabtu & Ahad) aku dan kawan-kawan aku di Cameron Highlands.
Sebenarnya, dah lama rancang nak pergi Cameron ni cuma tak berkesempatan atas sebab-sebab tertentu. So, since dah lama kiteorang berkawan (takda laa lama sangat) tapi disebabkan keakraban kteorang Syaril pon merancang untuk percutian bersama. Maka bermulalah percutian pendek kami.
Kami bertolak jam 4.30 pagi dari Kuarters Pulau Indah dengan menaiki 2 buah kereta. Kereta Yuzeer (Jay) dan kereta Syaril (Saril). Aku, Ima dan Nisa naik kereta Jay manakala Izzani dengan Farid naik kereta Saril. Kteorang pilih laluan ke Simpang Pulai untuk ke Cameron sebab laluan Tapah katanya jalan tak begitu elok. Kteorang ambil langkah berjaga-jaga dan memilih laluan ke Simpang Pulai. Alamak, aku tak ingatlah berapa jam sampai atas dalam pukul 10 pagi kot kami sampai.
Destinasi pertama:
Kami ke Cameron Lavender untuk destinasi pertama. Nak masuk dalam kena caj RM10 (dewasa) RM8 (kanak-kanak) bagi kami mahal gila tempat ni nak masuk. Tak tahulah, harga naik mungkin sebab hari minggu kot.
Dekat Ladang Lavender ni banyak sangat bunga hidup yang subur dan cantik-cantik. Siapa yang minat bunga-bunga nak menikmati permandang bunga hidup boleh datang sini. Banyak juga tempat menarik untuk bergambar.
Seperti permandangan bunga dalam gambar di atas. Indah bukan? Permandangan menjadi lebih indah dengan adanya gadis comel di atas, hikhik.
Alhamdulillah, dapat kawan-kawan yang sporting untuk bergambar. Yang overnya perempuan berbaju merah, pantang nampak camera hahaha.
Cantikkan? Nampak macam luas kan? Sebenarnya tak pun. Budak kecik boleh laa naik dengan senang hati. Kalau kami kena hati-hati hahaha. Nasib baik ada sorang pakcik ni baik hati tolong ambilkan gambar kami.
Banyak tempat untuk bergambar. Yang penting korang kena pandai posing dan orang yang ambilkan gambar tu kena pandai main peranan, baru gambar cantik. Tengok gambar aku ni. Pandai Ima tangkapkan gambar aku. Fuhhh macam model pulak, hahahahaha. Tenkiu ima.
Oh lupa nak cakap ada aiskrem lavender dekat atas ni kteorang tak beli, malas. Kteorang cuma nak bergambar je. Dalam RM8 kot aiskrim dia, korang boleh cuba dekat atas ni.
Next location kteorang ke Brinchang, Tanah Rata untuk check in hotel tapi sebelum check in kteorang singgah makan dekat Restoran Nik Ikan Bakar dan Tom Yam. Kteorang baca review dekat internet kedai dia best tapi bila kami pergi hmm biasa-biasa je. First yang aku tak suka, cara layanan dia pada pelanggan. Ya Allah, geramnya nak ambil order pon nak marah-marah. Second, orang lain sampai lambat, orang lain dapat dulu makanan dulu. Lauk sampai dulu dari nasi. Air pon lambat sampai. Siapa tak geram. Makanan harga standard mahal sebab dekat Cameron kan tapi aku memang tak puas hati dengan dia punya service. Kalau service okay, makanan tak best kami boleh terima lagi. Ini tidak..
Okay, next location aku akan share di part II
Comments
Post a Comment