Posts

Parking murah dekat KL (Berjaya Times Square, Sungai Weng, Plaza LowYaT)

Image
Assalamualaikum, Hai semua . Harini aku nak cakap mengenai  parking dekat  area Bejaya Times Square, Sungai Weng dan  Plaza Low Yat. Sebelum ni kalau aku nak pergi TS ke Sungai Weng ke tak pernah naik kereta. Aku memang akan   naik  public transport macam  LRT dan  monorail. Bagi aku jalan nak ke area Times Square tu sumpah banyak kenderaan and jemmmmit haha. Aku tak suka keadaan yang serabut macam tu lagi pun aku tak tahu nak parking mana sebab takut mahal nak mampus aku tak suka stuck dekat situ lama-lama. Itu yang aku suka naik public transport, senang tapi penat sikit la sebab nak jalan kaki. Aku ada   usha   satu vlogger   ni dekat   youtube , dia  nak cari barang  untuk  camera dia   dekat  Low Yat and...

Aku dan kereta - Part 2

Image
Hi, korang. Ini sambung daripada Part 1 yang lepas. Okay, jom start macam mana aku boleh start drive sorang-sorang. Nak dijadikan cerita, kesayangan aku terpaksa pergi training selama 3 bulan. Wuwuwuuu, sedih aku. Aku fikirlah macam mana la lepas ni kalau aku nak pergi kerja, nak balik Cheras semua tu. Sebelum kesayangan aku tu pergi trainin, seminggu aku belajar drive and parking. dengan dia. Alhamdulillah, aku dah pandai parking tapi bukan dekat tempat-tempat yang crowded laa sebab aku newbie gittew hahaha. Rasa terharu gila weh bila dia bagi aku pakai kereta dia selama 3 bulan. First aku tolak sebab aku risau aku bawa kereta orang bukan kereta aku. Lepas dia pujuk-pujuk aku, aku pun terima la untuk jaga kereta dia selama 3 bulan. First week drive sorang. Cuak, berdebar-debar, istighfar banyak-banyak, banyak kali baca doa kenderaan. Cuak gila sebab aku kena hadap lubang dan lopak dekat area port klang sana. Port klang memang banyak lori kontena besar-besar yang drive laju gila bab* s...

Aku dan kereta - Part 1

Image
Assalamualaikum and Hi korang! Aku nak share pengalaman aku drive kereta selama 3 bulan. Siapa dekat sini ada lesen tapi tak boleh drive? tak berani nak drive? trauma nak drive? Say MEEEEEE! Haha. Okay aku nak cerita pengalaman aku drive sorang-sorang. Untuk pengetahuan korang aku dah ada lesen memandu since aku degree lagi tapi sekarang ni aku still tak mahir lagi drive. Cerita dia macam ni. Family aku ada kereta tapi kereta manual. Kiranya kereta manual ni aku lambat sikit nak faham. Asal bawa kereta manual confirm kereta tu mati bila berhenti, haha. Aku punya cuak masa kereta mati tengah jalan kemain mengigil-gigil satu badan. Ayah aku pun sampai dah naik fed up ajar aku drive. Last-last ayah aku suruh aku belajar bawa auto pulak, then aku boleh bawa tapi tak mahir. Lepas aku macam dah boleh bawa auto, ayah aku pun ajarlah aku parking. Sampai aku nangis-nangis laa dan sampai ayah stress dengan aku last-last dia cakap dengan aku "Kakak beli la kereta kakak sendiri nanti kakak fa...

Byla or Bella?

Image
Hi korang. Lama tak aktif blogging. Biasalah busy sikit. Rasanya bukan busy sikit tapi busy banyak, sampai tak sempat nak blogging. Ke sebenarnya aku ni pemalas orangnya? Hahaha. Okay, malas sikit. Bukan apa sekarang ni aku dah tak ada laptop, laptop aku rosak. Dalam perancangan untuk beli baru tapi nak cari yang khas untuk kerja, blogging and business kot. Aduh, bisnes pon tak gerak-gerak lagi. Sejak dah kerja jadi auditor la sangat ni memang busy. Lagi pun aku bukan duduk dengan family, aku menyewa je sebab kerja jauh. So, no internet (alasan!). Siapa yang follow blog ni mungkin agak confuse dengan nama panggilan aku dalam socmed ni, cewahhh macam la orang kenal kau sangat Salsabilah oii haha. Okay okay, mari kita mulakan. Nama aku Salsabilah Binti Mashuri.  Family aku panggil aku Bilah/Kakak. Kawan sekolah rendah sampai menengah panggil Sal. Kawan kerja aku sekarang panggil Bella/Bell. Customer aku panggil aku Byla. Dan ada juga yang panggil aku Salsa, Sally, dan Ila. Kemain kem...

KAU SAYANG TAPI KAU TERPAKSA LEPASKAN

Image
Bulan Januari tahun ni genaplah aku dengan dia bercinta selama dua tahun untuk tempoh perkenalan selama 4 tahun. Aku kenal dia since bulan tiga 2014. Pada asalnya, kami cuma berkawan untuk tempoh 2 tahun pertama. Yes, dalam masa berkawan tu aku memang ada hati dekat dia. First time, aku rasa sayang dekat sesorang sampai aku sanggup tunggu dia dan abaikan orang lain sebab hati aku hanya pada dia. Sepanjang tempoh 2 tahun pertama, banyak jugalah krisis aku dan dia. Dia cuma anggap aku kawan, sedangkan dia layan aku bukan macam kawan. Hati siapa tak sedih weh tapi aku kuat. Kuat-kuat aku pun aku kalah dengan perasaan aku. Tahun ketiga aku kenal dia, dia mula dekat dengan aku. Dia mula cari aku, dia mula luahkan perasaan dia dekat aku. Rupanya, masa aku kenal dia dan kawan dengan dia untuk tempoh 2 tahun pertama dia dah ada buah hati. Memang macam "whatttt? macam mana boleh aku tak tahu?". Patutlah dia main tarik tali dengan aku, kenapalah aku tak perasan. Kira lama laa jugak aku...

Jenis gincu yang menjadi pilihan ramai?

Image
Hai korang, Harini Bell nak buka topik berkaitan dengan gincu. Gincu lebih dikenali sebagai lipstick haa korang tahukan apatu lipstick? Lipstick pulak ada banyak jenis lipstick. Ada yang jenis glossy, ada yang jenis matte, ada yang jenis creamy dan macam-macam lagi la. Okay, berbalik pada topik. Bell nak tanya korang yang perempuan suka pakai lipstick yang jenis macam mana? Kalau Bell, Bell suka yang matte tapi boleh buat gradient lips ala-ala kPop. Bell ada jumpa satu lipmatte ni memang best. Lipmatte ni tak macam lipmatte lain tau. Korang pernah dengar atau pernah cuba tak Sistho Lipmatte? Haa, Sistho Lipmatte ni lipmatte keluaran tempatan/local. Haa, jangan ingat produk local ni tak elok. Produk ni 100% tiada bahan merbahaya untuk kegunaan bibir. Kualiti seperti lipmatte antarabangsa. Serious, Bell tak tipu.  Sebab apa Bell cakap Sistho Lipmatte ni best? 1. Tahan lama - Seriously lipmatte ni sangat tahan lama. Korang bedal ayam goreng kepci takda masalah. Warna lipmatte tetap ca...

Aktiviti : Percutian Pendek ke Cameron Highlands I

Image
Hi, Assalamualaikum Lama sangat aku tak update blog ni. Maaf kalau lama sangat menyepi. Bukan apa, duduk jauh dari rumah ni susah sikit. Nak update blog ada je halangan, kadang-kadang tu idea pon hilang hihi. Sorry korang. So, aku nak share sikit tentang percutian DUA HARI 1MALAM pada 11-12 November 2017 (Sabtu & Ahad) aku dan kawan-kawan aku di Cameron Highlands. Sebenarnya, dah lama rancang nak pergi Cameron ni cuma tak berkesempatan atas sebab-sebab tertentu. So, since dah lama kiteorang berkawan (takda laa lama sangat) tapi disebabkan keakraban kteorang Syaril pon merancang untuk percutian bersama. Maka bermulalah percutian pendek kami. Kami bertolak jam 4.30 pagi dari Kuarters Pulau Indah dengan menaiki 2 buah kereta. Kereta Yuzeer (Jay) dan kereta Syaril (Saril). Aku, Ima dan Nisa naik kereta Jay manakala Izzani dengan Farid naik kereta Saril. Kteorang pilih laluan ke Simpang Pulai untuk ke Cameron sebab laluan Tapah katanya jalan tak begitu elok. Kteorang ambil langkah berja...