BAHAYANYA PRODUK MENGANDUNGI MERKURI


Assalamualaikum,

Adakah anda tahu produk yang anda pakai sekarang adalah produk yang selamat? Adakah anda yakin dengan produk yang anda tidak mengandungi merkuri dan bahan merbahaya? Jika Ya, Alhamdulillah. Jika Tidak, boleh teruskan membaca. Hihi

Merkuri. Apa itu merkuri? Merkuri merupakan logam berat berwarna perak yang sangat berbahaya. Merkuri selalunya digunakan dalam produk kosmetik kesihatan. Jadi, anda kena pastikan produk kosmetik anda selamat. 

Biasanya, bila kita kaitkan merkuri mesti dengan produk kesihatan terutamanya kosmetik. Produk kosmetik bermerkuri lazimnya menjanjikan wajah yang putih dalam tempoh masa yang singkat. Contohnya, seminggu saja penggunaan wajah dijamin putih dan cantik. Ada sesetengah tu, dua tiga hari dah nampak kesan putih. Anda seharusnya berhati-hati kalau produk tersebut membuatkan wajah menjadi putih dalam masa seminggu. Ini berkemungkinan produk tersebut mengandungi merkuri. Kosmetik yang selamat yang boleh memutihkan muka biasanya akan mengambil masa agak lama. Bergantung jenis kulit dan permasalahan si pemakai.

Kandungan merkuri boleh menyebabkan kerosakan pada kulit, saraf, otak, ginjal serta gangguan perkembangan janin. Merkuri juga boleh menyebabkan kanser. Haa, bahaya tak merkuri ni?

CIRI-CIRI KOSMETIK BERMERKURI

<1> Melekit. 
Ya, mostly produk merkuri mesti melekit. Tipulah kalau Byla cakap Byla tak pernah consume mana-mana skincare. Byla pernah pakai satu produk ni, bila Byla sapu krim tu pada muka krim tu memang melekit sangat. Susah sangat nak ratakan krim pada muka.

<2> Putih Segera.
Putih snow white dalam masa seminggu. Memang kesan Byla pakai produk tu memang Byla putih seminggu. Yes, Byla start pakai produk kecantikan dari zaman belajar lagi hihi. Memang superb laa hasil dia. Naik je cuti semester semua orang tegur Byla makin cantik, makin putih *bangga kejap*

<3> Jerawat tak tumbuh.
Yes, jerawat sikit pun tak tumbuh. Serius, bersih je muka Byla masa tu. Melepak kaw-kaw, huhu. Sebenarnya, tak elok tau kalau jerawat tak tumbuh. Sebab, kulit lapisan paling atas dah rosak. Bila kulit tu dah rosak dah hilang protein dan melanin yang sangat penting untuk melindungi kulit dari sinar UV. Dan sebab apa jerawat tu taknak tumbuh? adalah disebabkan kuman/bakteria taknak pun singgah tempat tu, hihi.

<4> Bau logam.
Merkuri adalah logam berat. Jadi bau logam kuat dan menyengat, kalau wangi kemungkinan telah dicampur dengan pewangi. Produk yang Byla pakai tu takda laa bau logam tapi bau wangi. Kuat jugalah bau dia.

<5> Warna kekuningan.
Biasanya, produk yang ada campuran merkuri ni berwarna putih-kuning. Tapi tak semua produk laa yang warna macam ni ada merkuri. Sebagai langkah berjaga-jaga anda wajib meragui produk tersebut. Macam Byla dulu memang zero pasal produk merkuri ni, huhu.

<6> Berkilat/berkilau.
Cuba sapu krim pada kulit ada tak kilat-kilat. And yes, produk Byla pakai dulu memang berkilat bila sapu pada kulit terutamanya muka. Dulu ingat memang dia keluarkan kilat-kilat tu, rupanya bila dah tahu memang produk tu ada merkuri. Cait!

<7> Bila stop muka akan jadi kehitaman.
Alhamdulillah, mungkin sebab kulit muka Byla jenis tak sensitif so kesan kehitaman tu tak nampak. Tapi... bila stop confirm muka kusam sangat, gatal-gatal tu takda laa.

<8> Kulit sensitif dengan matahari.
Kalau kulit yang betul-betul sensitif bila kena matahari mesti rasa pedih-pedih dan merah-merah. Byla takda pula rasa macam tu tapi Ibu Byla rasa macam tu. Sebenarnya kan, satu family Byla try produk tu sebab diorang tengok muka Byla bersih gila. Boleh dikatakan flawless, hohoho. Tapi ingat, kesan tu kejap!


Jika cream anda ada ciri-ciri yang dinyatakan, sila periksa dan buat ujikaji dahulu itupun kalau anda tak yakin dan percaya. Dan jika betul ianya bahaya, TOLONG STOP. Bahaya wak, nak kulit cantik jangan bahayakan keselamatan kulit.

Actually, Byla ada ceritakan ciri-ciri merkuri pada produk. Bole refer sini.

Byla tak sanggup derita sebab nak cantik. Itulah, sekarang Byla pakai THE JUNNI SKINCARE. 100% bahan tanpa merkuri dan hydroquione. Tiada langsung ciri-ciri kesan merkuri pada cream The Junni. The Junni tidak menjanjikan kesan yang pantas untuk mendapatkan hasil yang cepat.

=============================
Jika anda mahu mendapatkan
KHIDMAT BEAUTY CONSULTANT
----------------------------------------------
HUBUNGI
----------------------------------------------
Whatsapp: 017- 355 2997 (Byla)
Whatsapp: 017- 355 2997 (Byla)
Whatsapp: 017- 355 2997 (Byla)
----------------------------------------------
WeChatID: isabylaa
FB Page: D'isabylaa
Instagram: @isabylaa
=============================

Comments

Popular posts from this blog

Review : Detox Badan dengan Clenx Tea untuk Kurus dan Sihat

TEMU DUGA UNTUK PEGAWAI CONTRACT FOR SERVICE DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

KEPUTUSAN TEMU DUGA PEGAWAI KASTAM KONTRAK