Love : Insecure bagi aku
Insecure.
Insecure merupakan satu penyakit. Penyakit yang dihidapi oleh semua orang, cuma teruk dengan tak teruk je. Insecure dalam relationship pula bila kau rasa hubungan kau dengan pasangan kau tak selamat dan kau mempunyai perasaan yang was-was dengan pasangan kau sendiri. Actually, insecure ni ada pelbagai jenis ianya terpulang dekat individu itu sendiri.
In relationship, fasa yang paling mudah untuk kau berasa insecure ni dalam fasa pertama hubungan kau dengan someone. Yela, fasa pertama merupakan fasa yang kau dan dia baru nak kenal hati budi dan tingkah laku pasangan kau. Then untuk fasa kedua dalam relationship ialah fasa percintaan. Kalau nak ikutkan situasi aku dalam relationship aku sekarang ni, aku combine-kan fasa satu dan dua menjadi satu. Sambil bercinta sambil tu laa kenal hati budi dan perangai masing-masing.
Yeah, kekadang kteorang sweet kekadang sour jugak. Tak semua percintaan tu manis, yeah mungkin ikut individu itu sendiri la. Aku tak tahu laa aku ke atau dia yang bermasalah. Kekadang hal kecik pun boleh jadi gaduh. Mula la nak bertengkar macam-macam. Lagi-lagi aku yang suka sangat cari pasal dan suka mencabar orang ni, haha. Aku yang cari pasal aku pulak yang merajuk, mengade kan? Jealous dengan artis pon boleh jadi gaduh. Alah, mengada je tu. Actually, aku tak kisah mana pon kalau dia nak suka artis mana pun tapi jangan lebih-lebih pulak bikin panas pasangan kau. Yang menjadi masalah dalam relationship aku bila aku letak DP aku dengan kawan-kawan lelaki aku. Boleh pula dia nak jealous, yang ini aku memang tak faham.
Awak takyah laa nak rasa insecure sangat wak. Kalau saya dah pilih awak, awak la orangnya. Awak , kalau saya nak bercinta dengan kawan-kawan lelaki saya dah lama saya bercinta dengan dorang tu. Tak payah susah-susah saya nak bercinta dengan awak then buat sakit hati awak buat apa kan? Dan saya tak marah pun kalau awak nak bergambar or letak DP awak dengan kawan perempuan awak. Kenapa tak jealous? Bukan kalau saya tak jealous tanda saya tak sayang awak. Saya sayang, dan saya tahu sayang saya dekat awak tak sebesar sayang awak dekat saya kannn tapi sayang.. please trust me *buat muka comel*
Siapa kata masa bercinta semuanya manis. Siapa kata semuanya okay. Bagi aku tak, dalam relationship ni tak semuanya manis ada masam dan pahitnya jugak. Aku yang rasa aku tahu la. Aku takda la nak cakap kalau kau tak insecure relationship kau akan stable. Tak sayang, tak, Berpada-pada la kalau nak insecure tu. Cuba control mindset tu think positive jangan fikir bukan-bukan. Cari cara macam mana nak control rasa insecure kau tu. Kalau kau terlalu insecure dan tak percayakan pasangan kau, kemungkinan besar relationship kau tu tak akan lama. Macam aku, aku takda laa nak cakap yang aku ni tak insecure langsung lagi-lagi aku dengan dia dalam LDR (Long Distance Relationship). Untuk hilang perasaan insecure aku dekat dia, aku percaya dia. Aku percaya dia, dia sayang aku dan dia takkan ada perempuan lain selain aku. Macam mana aku boleh ada keyakinan yang macam tu? Sebab dia laa aku yakin. Tapi tak tahu laa. Rezeki dan jodoh semua ditangan tuhan. Kalau ada jodoh tak kemana.
Ada yang cakap. Jodoh bukan datang bergolek. Nak dapatkan jodoh kita kena berusaha untuk mencari dan mempertahankan juga. Conclusion-nya, aku percayakan dia. Tengoklah, ada jodoh ke tidak. Selagi boleh pertahankan relationship aku. Aku akan pertahankan. Kalau tak, aku cuba untuk terima dengan redha. Yela, aku ni dah 23 bukan masanya untuk bertukar-tukar pasangan macam budak sekolah menengah tu.
Hmm, itu je aku nak cakap pasal insecure ni.
Awak, tolonglah jangan terlalu insecure dengan saya. Saya tahu awak sayang saya tapi tolong ea. Maceh sayang :)
- Abell
Comments
Post a Comment