Hari ni aku nak bercerita mengenai aku dan kawan-kawan aku pergi ke FRIM. Sebenarnya kteorang tak rancang pon nak pergi sana. Tiba-tiba Mija whatsapp dekat group ajak keluar. Biasalah dekat group macam-macam cadangan keluar. Nak pergi Broga la, Bukit Cerakah la, FRIM laa, macam-macam laa. Last-last kteorang decide nak pergi FRIM. Kau bayangkan, keputusan dibuat pada pukul 12 tengah malam. Memang tak semua join. Intan kat Pahang bila pula dia nak turun kan? Zie kat Shah Alam tapi dia malas nak hiking2 ni, hihi. So, yang pergi aku, Janah dengan Mija. Kteorang pergi hari Khamis, hari orang bekerja. So, memang tak ramai laa kan orang nak pergi FRIM hari tu. Pagi-pagi dari KL nak ke Damansara sebab nak ambik Mija memang jem sikit laa kan tapi takpa kejap je takda masalah. Lepas ambik Mija kteorang pergi ke FRIM terus. Sampai je sana nak masuk pintu pagar tu. Pak Guard tanya nak pergi mana? So kteorang jawab la nak masuk FRIM. Then Pak Guard tu cakap, kalau nak masuk boleh tapi Canopy Walk t...