Confession: Kepada seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku
Ada sesuatu yang ingin aku sampaikan kepada orang-orang yang pernah hadir dalam hidup aku walaupun sekali, mahupun hanya untuk sementara sahaja. Maksud aku, yang pernah berkawan rapat dan berkongsi cerita dan pendapat dengan aku dulu-dulu gittew. Dan jugak kononnya yang pernah dok "crush" dekat aku, hahahahaha *perasan* dan pernah melawak dan menyakat aku masa tu *berapa banyak DAN* Aku luah dekat sini sebab aku tak mampu nak berdepan dengan korang dan aku juga tak mampu untuk "personal text" dengan korang *malas ah nak text macam apa je nnt* Aku bukan nak sombong ke, lupa kawan ke, bukan. Ada satu perasaan yang buat aku jauh atau berdiam diri dari korang iaitu perasaan "segan" . Aku bukan apa, aku tengok semuanya sudah ada kehidupan masing-masing, sudah pun bahagia. Ada yang dah berkahwin, ada yang nak berkahwin, ada yang dah bermakwe daa... aku je yang masih mencari dari dulu sampai sekarang pon tak jumpa-jumpa lagi.. Allah tahu aku tak ready tu yan...